My Cute Followers

Tuesday 1 January 2013

Tersilap Mata #3 : Emma Maembong & Kristine Hermosa

Emma Maembong, atau nama sebenarnya Fatimah Ismail Embong. Pelakon jelita dan berbakat ni semakin menyerlah di dalam persada seni lakonan tanah air. 


Emma Maembong

Saya mula menyedari penglibatan seni pelakon ni melalui drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran pukul 7.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3. First time tengok lakonan beliau, terus minat dan saya berpendapat Emma Maembong sepatutnya jadi heroin dalam drama berkenaan sebab beliau lebih menyerlah berbanding heroin drama tersebut, iaitu Neelofa.

Kalau nak tahu (tapi rasanya ramai yang dah tahu), Emma mempunyai bakat dalam bidang lukisan. Mungkin hasil dari darah seni yang mengalir dari ayahnya, Ismail Embong yang merupakan seorang pelukis terkenal.

Baru setahun jagung dalam dunia seni, Emma banyak dilanda kontroversi. Tapi takpe, sememangnya kat Malaysia ni banyak sangat gosip murahan yang kadang-kala sengaja direka-reka, mungkin nak melariskan majalah kot? Ape2 pun, diharap Emma Maembong terus bersinar di persada seni dan dapat menghadapi segala kontroversi dengan tabah dan sabar.

First time tengok Emma jugak, saya terus teringat tentang heroin drama Filipina (Sanay Wala Nang Wakas) iaitu Kristine Hermosa. Drama yang pernah bersiaran di TV3 ni pernah meletup satu masa dahulu. kena pulak Kristine digandingkan dengan hero yang tersangat sangat kacak orangnya, Jericho Rosales.

Rasanya rupa Emma dengan Kristine ni memang sama kan? Dua-dua putih gebu.

Kristine Hermosa



Emma Maembong

Macam mana? Korang nampak sama tak? Atau mata saya yang tersilap? @_@