My Cute Followers

Wednesday 28 November 2012

Free Sample - Laurier

Free!! Free!! Free!!

Sape nak free sample free dari Laurier? 

Haaa... Hari ni pepagi lagi dah blogwalking pelbagai jenis blog... Dan secara tiba-tiba terjumpa blog Miza Yusof yg cute ni dan terbaca entri pasal free sample ni. Huh... Gila kau taknak benda free? 

Cara-caranya? Senang aje.. Fill in the form and submit!! Klik gambar di bawah untuk isi borang =))


So saya pun dengan terujanya isi borang tu. Then klik SUBMIT.

Setelah itu...


Okay..
Dalam masa ni tiap-tiap hari kena check peti surat. 

Can't wait lah!!


p/s : Blog ni masih sangat 'baby'.. Harap sudi follow, komen atau bagi sebarang tunjuk ajar. Terima kasih daun keladi. =))




Tuesday 27 November 2012

Bonus Penjawat Awam Disember 2012

Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri dah umumkan bonus kali kedua untuk kakitangan kerajaan akan dibayar pada bulan Disember. Dah lama saya tertanya-tanya, adakah bonus ni akan dibayar pada awal bulan Disember atau pada tarikh yang sama pembayaran gaji? Dan jawapannya saya dah dapat dengan membaca Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2012 yang baru dikeluarkan pada 23 November 2012.



Di bawah Perenggan 9 Syarat Pembayaran menyatakan;

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.  

So, jawapannya bonus dapat pada tarikh yang sama tarikh gaji Disember 2012. 

p/s: Marilah berjimat sebelum muflis sebelum gaji. (;

Thursday 22 November 2012

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2013

Sekarang tengah melayan hati yang lara disebabkan poket yang kosong. Apa Pasal? Gaji sebelum ni 6 November, next gaji 18 Disember 2012 pulak. So memang gap banyak la. Mula2 best sebab gaji awal masuk, dekat2 hujung bulan, merana jugak la sebab poket dah kering. Hua hua huaa..

Then bila terjumpa pasal Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2013, boleh la tengok2 sambil berangan-angan duit ni nak belanja beli itu dan beli ini. 



Boleh tarik nafas lega jugak sebab tarikh pembayaran gaji tahun 2013 ni hampir setiap bulan dibayar pada hujung bulan, so masalah pokai sebelum gaji ni dapatlah dibendung.. hehe..Cuma Gaji bulan Oktober je yang dapat sangat awal.. Harap time tu dapat plan betul2...

Hadiah


Semalam birthday aku. Bagi aku hari jadi tak ada yang istimewanya dan aku memang tak kisah walaupun hari jadi aku tak diraikan. Di usia aku 24 tahun ni, inilah hari jadi aku yang pertama sebagai seorang isteri. Tepat pukul 12.00 tengah malam, sedang aku tengah baring-baring, Mr. Hubby tiba-tiba ambil gitar dan menyanyikan lagu Happy Birthday. Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to sayanggggg...Happy birthday to you...!!  Haa...Macam tu lah dia menyanyi.. Hehe! 

Then petang hari jadi selepas balik kerja Mr. Hubby ajak makan kat luar. Actually aku takde terpikir pun nak makan kat luar. Then aku cakap je, tak payah lah. Mungkin sebab penat jugak, tu yang memang malas. Sampai je rumah, aku cakap nak masak. Then Mr Hubby offer untuk masak sempena hari jadi aku. Alhamdulillah.. lagipun aku memang letih sangat. Aku pun rehat la dalam bilik dan biarkan Mr Hubby masak sorang2 kat dapur. Bila lagi nak rasa macam ni kan? Selalu aku yang masak immediately balik kerja. Then dalam pukul 7 lebih tu dia pun dah siap hidang.


Tom Yam Ayam
Papadom
Sambal 'kiting' (ikan bilis)
Telur Goreng

Nampak macam masakan biasa-biasa, tapi rasanya sumpah sedap! Bertambah-tambah aku makan, lebih-lebih lagi baru beli beras Faizah ni. Fuhh... Memang sedap la..

Mr.Hubby cakap ini sambutan kali pertama hari jadi aku setelah bergelar isteri. Ini saja yang mampu dia buat setakat ini. Bagi aku, aku tak mengharap nak hadiah mahal-mahal darinya sebab aku tahu keadaan kami still belum stabil sebab baru je berkahwin. Apa yang Mr Hubby buat ni pun sudah cukup membahagiakan aku. Syukur Ya Allah. Mungkin aku tak kaya dengan harta tapi aku kaya dengan kasih sayang.

Wednesday 21 November 2012

Usia Baru

Syukur Alhamdulillah.. Hari ini 22 November 2012 genap usia aku berumur 24 tahun. Dan hari ni juga la aku start buka blog ni. Sebelum ni aku ada juga blogging tapi dah delete akaun blog tu atas sebab-sebab privacy.. 

Hidup ni umpama satu perjalanan yang jauh. Dari kita mula dilahirkan, kita belajar makan, minum, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari. Bila umur dah mencapai 5 tahun, kita mula memasuki alam persekolahan sehinggalah berusia 17 tahun. Ada rezeki, kita masuk ke IPT untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma dan ijazah. Then after graduate, kita mula memasuki alam pekerjaan dan juga menempuh alam perkahwinan.

Aku rasa bersyukur kerana di usia 23 tahun aku sudah menamatkan pengajian ijazah dan terus memasuki alam pekerjaan selepas seminggu habis final paper dalam final semester examination. Dan yang lebih bermakna, aku berjaya menjadi seorang penjawat awam seminggu selepas majlis konvokesyen. Aku sangat bersykur kepadaNYA kerana telah memakbulkan doaku selama ini. Dan anugerah yang paling aku hargai ialah selepas 4 bulan bekerja, DIA telah mengurniakan aku seorang suami yang baik. Memang macam tak percaya, aku sekarang dah bergelar isteri orang. Seronok sangat apabila insan yang kita sayang kini menjadi suami dan susah senang kami sentiasa bersama. Tapi, dalam keseronokan tu, aku dapat rasakan tanggungjawab sebagai isteri itu memang berat. Sedangkan bila menjaga diri sendiri pun kadang-kadang failed, inikan pula nak menjaga orang lain. Aku memang tidak sempurna dan aku bersyukur sebab dia sentiasa memberi peluang dan nasihat untuk aku menjadi yang lebih baik.

Itu saja coretan aku untuk post yang pertama ni. Banyak lagi perkara yang akan aku coretkan di dalam blog ni. Salam!