Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri dah umumkan bonus kali kedua untuk kakitangan kerajaan akan dibayar pada bulan Disember. Dah lama saya tertanya-tanya, adakah bonus ni akan dibayar pada awal bulan Disember atau pada tarikh yang sama pembayaran gaji? Dan jawapannya saya dah dapat dengan membaca Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2012 yang baru dikeluarkan pada 23 November 2012.
Di bawah Perenggan 9 Syarat Pembayaran menyatakan;
Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.
So, jawapannya bonus dapat pada tarikh yang sama tarikh gaji Disember 2012.
p/s: Marilah berjimat sebelum muflis sebelum gaji. (;
3 comments:
terbatuk plak.. huhu.. boleh minta abg belanja mkn sedap2.. :P
untungla dapat bonus hehe...
ehemmmmmmmm ;p
Post a Comment