My Cute Followers

Monday, 3 December 2012

Memilih Mak Andam Untuk Majlis Perkahwinan

Memang naluri setiap perempuan, semua mahu nampak cantik. Lebih-lebih lagi bagi yang akan melangsungkan perkahwinan, tentu kita mahu nampak cantik di hari bahagia. 

Memilih jurumekap pada hari perkahwinan adalah amat-amat-amat penting ye kawan-kawan. Sebab kalau tersalah pilih, memang muka akan nampak macammmmm....
..
..

 opera cina!!

 ataupunnnn..
..
..

badut sarkas!!!!

Bagi saya soal penampilan di hari bahagia memang sangat penting. Kalau nak cakap pasal skill mekap, memang ramai orang boleh jadi jurusolek. Tapi, tak semestinya orang yang boleh menyolek tu akan bagi hasil yang memuaskan hati kita. Kan? Kan? Kan?

Okay... So hari ni saya nak share sikit pasal langkah-langkah yang anda perlu ambil untuk memilih mak andam untuk solekan di hari bahagia..

Langkah Pertama:
Cuba survey di Internet atau berkunjung sendiri ke beberapa butik yang menawarkan perkhidmatan solekan di hari bahagia. Senaraikan beberapa butik pilihan.

Langkah Kedua:
Lihat gambar semua hasil solekan mak andam di butik-butik pilihan anda. Bagi saya, mekap yang terbaik adalah apabila dimekap, muka kita nampak berseri, mekap kemas dan 'so natural'... 

Langkah Ketiga:
Dari pilihan butik tu, please consider beberapa perkara.
1. Lokasi butik - Ada sesetengah butik menawarkan perkhidmatan solekan di rumah dan ada juga hanya offer untuk mekap di butik. Jadi, sekiranya butik pengantin yang anda pilih tu hanya available untuk mekap di butik, pastikan butik itu tak jauh dari tempat majlis berlangsung untuk mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini.
2. Harga perkhidmatan solekan - Pastikan sesuai dengan bajet. Tapi saya nasihatkan kalau nak yang terbaik di hari perkahwinan, tak salah kalau kita belanjakan lebih untuk solekan. 

Langkah Keempat:
Buat pilihan anda. Berdasarkan gambar hasil solekan yang anda tengok, pilihlah hasil solekan yang sesuai dengan taste anda. Tanya rakan-rakan atau saudara untuk membantu anda membuat pilihan.

Majlis akad nikah saya berlangsung pada waktu pagi dan persandingan pula pada hari yang sama sebelah waktu petang. Untuk akad nikah, saya mekap sendiri je. Just simple-simple je sebab taknak meriah-meriah sangat depan Tok Imam. 

Dan untuk bersanding, saya dah decide untuk pilih Butik Jalinan Kasih. Butik Pengantin Jalinan Kasih memang popular kat Penang. Kalau nak tahu, pelakon Eira Syazira pun ada ambil servis butik Jalinan Kasih untuk wedding sebelah lelaki di Penang.
 Pada sesiapa yang nak lihat koleksi hasil solekan butik ini, sila klik di sini. Banyak pakej yang butik ni offer tapi kat butik ni saya ambil service mekap dan sewa baju persandingan sahaja. Mekap untuk bersanding RM200 sekali mekap. 

Sebelum mekap, saya dah pesan kat jurusolek, saya ni memang cerewet dan nak muka saya nampak 
1. Natural
2. Kening tak mau cukur!
3.Tudung takmau singkat sangat, Nak sedang-sedang aja!

Mula-mula mak andam bagi tudung awning (ala... tudung sarung tuuu...) Tapi saya tak suka sebab feeling sooo makcik kalau pakai tudung yang ada awning!! Hehehe..
So, decide pakai selendang je.. Masa sanggul diikat, jurusolek tanya nak sanggul tinggi ke rendah. Saya jawab, "tak tinggi, tak rendah. Sederhana jer.."

Selepas 1 jam disolek.. 

Dan hasilnyaa...

..
..
..
..



Sangat berpuas hati.

Bagi yang berminat nak dapatkan perkhidmatan solekan dari Butik Jalinan Kasih, sila hubungi 

04-6443484 

atau datang sendiri ke alamat

88-H Jalan Tun Dr. Awan, 
11900, Bayan Lepas, 
Pulau Pinang.
(depan PISA)

Bagi saya, solekan bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kita rasa confident sepanjang hari menjadi raja sehari. =))

13 comments:

محمد رازيق said...

wah. tq sharing tips. nanti ley gitau future wife saya. hehe

Jiwa Lara said...

simple tapi cantik...:)

nadia farahida said...

ya allah cantiknyaaaa awak eza!
muka flawlesss sangattttt *jeles! T__T

Eza Zularyeza said...

cantiknya eza

Unknown said...

comel jer awak....akak dl...sanding juga tapi tak mekap sbb...xsuka..mk jadi tambah tua kalau over mekap...

fizafantagiro said...

tips berguna :) sy dulu masa kwen pun pening nak cr mak andam yang boleh puaskan hati kita :)
cantik sgt!

Mak Esah said...

welcome! wah, xlama lg nak mkn nasi minyak ye.. hehe @__@

Mak Esah said...

eza is simple..
simple is eza..

Hahaha @__@

Mak Esah said...

Mekap jer tu nadia... hikhik!!

Mak Esah said...

eza sunflower ke atau eza zularyeza? ahakzz!!

Mak Esah said...

ye kak... nak mekap kena ikut kesesuaian muka & jenis kulit.. setengah org yg kulit dah cantik, tak perlu make over sgt.. just touchup touchup jer.. @__@

Mak Esah said...

betul... sbb tu kena survey dulu hasil solekan mak andam tu.. penting sangat.. =)

chinta safia said...

sangat cantik..