My Cute Followers

Wednesday 20 March 2013

Info: 10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir


Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu..


3 comments:

✿INA AINAA✿ said...

baby ni dy memang ahli syurga, memang Allah bagi kemudahan pada diri dia.. subhanaAllah

Anonymous said...

I don't even understand how I finished up here, however I assumed this put up used to be good. I do not recognize who you might be but certainly you're going to a well-known
blogger if you aren't already. Cheers!

Check out my page - nupedailynews.com

Anonymous said...

Definitely believe that which you said. Your favorite reason
seemed to be on the web the easiest thing to be aware of. I say to you, I certainly
get irked while people consider worries that they plainly don't know about. You managed to hit the nail upon the top as well as defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal. Will probably be back to get more. Thanks

Feel free to visit my webpage ... Www.Dharmanet.Org