My Cute Followers

Wednesday, 20 March 2013

Info: 10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir


Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu..


Tuesday, 1 January 2013

Tersilap Mata #3 : Emma Maembong & Kristine Hermosa

Emma Maembong, atau nama sebenarnya Fatimah Ismail Embong. Pelakon jelita dan berbakat ni semakin menyerlah di dalam persada seni lakonan tanah air. 


Emma Maembong

Saya mula menyedari penglibatan seni pelakon ni melalui drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran pukul 7.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3. First time tengok lakonan beliau, terus minat dan saya berpendapat Emma Maembong sepatutnya jadi heroin dalam drama berkenaan sebab beliau lebih menyerlah berbanding heroin drama tersebut, iaitu Neelofa.

Kalau nak tahu (tapi rasanya ramai yang dah tahu), Emma mempunyai bakat dalam bidang lukisan. Mungkin hasil dari darah seni yang mengalir dari ayahnya, Ismail Embong yang merupakan seorang pelukis terkenal.

Baru setahun jagung dalam dunia seni, Emma banyak dilanda kontroversi. Tapi takpe, sememangnya kat Malaysia ni banyak sangat gosip murahan yang kadang-kala sengaja direka-reka, mungkin nak melariskan majalah kot? Ape2 pun, diharap Emma Maembong terus bersinar di persada seni dan dapat menghadapi segala kontroversi dengan tabah dan sabar.

First time tengok Emma jugak, saya terus teringat tentang heroin drama Filipina (Sanay Wala Nang Wakas) iaitu Kristine Hermosa. Drama yang pernah bersiaran di TV3 ni pernah meletup satu masa dahulu. kena pulak Kristine digandingkan dengan hero yang tersangat sangat kacak orangnya, Jericho Rosales.

Rasanya rupa Emma dengan Kristine ni memang sama kan? Dua-dua putih gebu.

Kristine Hermosa



Emma Maembong

Macam mana? Korang nampak sama tak? Atau mata saya yang tersilap? @_@

Sunday, 23 December 2012

Tersilap Mata #2 : Hafiz AF & Jay Jay

Hye all.. Straight to the point, post Tersilap Mata episod 2 kali ni mangsa kita adalah Hafiz AF dan Jay Jay.. 

Mohd Hafiz bin Mohd Suip nama diberi. Anak kelahiran negeri Sarawak ini lahir pada 27 Februari 1990. Setakat tahun 2012, beliau telah memenangi 10 anugerah termasuklah yang terkini (Disember 2012) beliau menerima anugerah daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak iaitu Ahli Bintang Sarawak.




Saya tak tahu pandangan anda semua macam mana.. Tapi bagi saya muka Hafiz dangan Jay Jay ni lebih kurang sama.. Dan kalau ada yang perasan, suara pun hampir sama.. 


Jay Jay (kiri).

Pada siapa yang tak kenal atau tak ingat, Jay Jay penyayi lewat 80an dan pernah popular dengan lagu 'Joget Angan Tak Sudah'. 

Haa.. Sama tak muka diorang? Atau mata saya yang silap?
@__@

Wednesday, 12 December 2012

What I did a year ago?

Secara tiba-tiba rasa rindu pulak nak beraktiviti lasak-lasak ni. Teringat pulak last year, time tu saya final semester STUDENT.. (*owh rindunya nak pegang status student!).. Time tu lagi 2 weeks nak final exam.. So kawan saya ada ajak join satu aktiviti ni yang dinamakan SKYTREX ADVENTURE.. 



For those yang memang minat aktiviti lasak ni, memang patut cuba. Basically, aktiviti ni memerlukan kita panjat tangga untuk naik ke atas pokok, then akan melalui beberapa cabaran dan juga flying fox. Aktiviti ni memang menggugat keberanian diri kita. Kadang-kadang kita rasa macam kita dah cukup berani, tapi bila ada kat atas pokok yang sangat terlalu amat tinggi setinggi 17 000 cm dari aras tanah ni, memang terasa nak terkencing terberak bagai. @__@


Ada tiga course untuk cabaran ini.


1. Little Adventure (LA)
Okay, straight to the point, ni untuk kanak-kanak. Tapi bagi yang sememangnya penakut ataupun 'allergic' dengan ketinggian, dinasihatkan main LA jelah. 

2. Big Thrill (BT)
Course ni permulaan yang baik untuk orang yang berani tahap sederhana. I choose this one. 
Walaupun dikatakan sederhana, rasanya saya dah banyak kali mengucap atas pokok tu. Overall okay, cuma ada satu rintangan tu saya rasa macam nak terkeluar jantung!! U should try..!!

3. Extreme Challenge (EC)
Okay, kalau kau orang main ni memang tabik spring. Tapi rasanya kalau next time join, saya nak try this course.

Overall lepas habis semua cabaran, sumpah! rasa best sangat sangat..!! Satu pengalaman yang unik yang susah nak diterjemahkan dalam perkataan. Kebetulan, masa ni lagi 2 weeks nak final exam, so memang release all the tension-s and stress-es.

Layan Video Saya. =)


Layan gambar pulak.. (:








Okay. Jom balik dengan menggunakan kenderaan yang sama semasa naik ke bukit ini! @__@

Hmm..
Rasanya lepas dapat bonus nanti, nak ajak adik dan adik2 ipar ke sini lagi. Harap-harap berkesempatan la. @__@










Tuesday, 11 December 2012

Siapa Najwa Latif?

Sumpah tak tipu..!!

Najwa Latif is a super cute gurlz!! Sangat kreatif dan berbakat. Most important thing, she have a lovely voice! 

Semua lagu-lagu Najwa Latif best! Even first time dengar lagu baru beliau, terus jatuh chenta!! 

Memang best lah Najwa Latif!!


So, sebab Najwa Latif best, saya nak review biodata Najwa Latif ni.


Nama penuh : Imratul Najwa binti Abdul Latiff 

D.O.B :  23 May 1995

P.O.B : Batu Pahat, Johor, Malaysia

Penglibatan dalam dunia seni Malaysia : Sejak 2011



Website/Blog : Najwa Latif


And these following capture, saya rompak dari blog beliau. 



And more..



Sebagai peminat, jom kita doakan Najwa Latif terus success dan teruskan mencipta lagu-lagu yang sedap untuk santapan halwa telinga peminat-peminat semua.

@__@


#1 Wordless Wednesday


Sunday, 9 December 2012

Tersilap Mata : Farizal, Faizal @ Shah Iskandar

Semalam saya tengok perlawanan separuh akhir Piala Suzuki Malaysia vs Thailand dengan Mr Hubby di rumah je. 

Okay, takmau cerita pasal bola (sebab kuciwa dapat seri 1-1).. 
Tapi nak citer pasal penjaga gol kebangsaan yang menggantikan KFCM tu..

Farizal Marlias nama diberi..  Dilahirkan di Pahang pada 29 Jun 1986


Mula2 saya tengok macam kompius jer sebab muka dia nampak macam Faizal AF..




Tapi kelip-kelip mata lagi nampak macam Shah Iskandar lah pulak..!!




Sama kan muka diorang? 

Atau mata saya yang tersilap?
@__@