Wah.. tajuk kemain lagi bahasa omputih.. @__@
Okay kawan-kawan, kali ni saya nak share pasal photographer yang saya pilih untuk wedding saya.
Macam biasa, saya seorang yang amat-amat-amat cerewet. So, pilihan saya tak semestinya perfect TAPI mesti memuaskan hati. Tu yang penting..!!
Macam memilih mak andam di hari bahagia jugak, photographer yang saya pilih pun based on survey saya berbulan-bulan lamanya...
Mula-mula, saya berkenan sangat dengan hasil photoshoot dari Annas Easkey tapi setelah beberapa kali hantar email, no respon!
Terkilan. Kuciwa. Hampa.
Then, survey lagi.
Knowledge saya dalam photography memang zero tapi saya nak gambar yang "super something". So dalam memilih photographer ni saya tetapkan beberapa kriteria.
Antara kriteria pemilihan saya untuk wedding photographer
1. Gambar tu bukan macam gambar biasa. Maksudnya cameraman tak guna setting "auto".. Sebab kalau auto tu, gambar akan jadi macam biasa-biasa jelah. *erk... rasanya kot?
2. Ada editing. Ala.. macam kabur-kabur sikit la kat belakang tu tapi nampak nice... hehehe... Tak tahu nak cakap macam mana sebab xpenah belajar bab photography masa amik degree dulu. Hehehehe..
3. Availability photographer. Saya memang cari photographer di Penang sahaja sebab kalau jauh2 mungkin kita akan kena tanggung kos cameraman nak datang lokasi majlis perkahwinan. Save budget..!!
Lastnya, tiba-tiba terjumpa Rahman Ahmad Photographer.
Then,
bagi link kat Mr. Husband (masa tu Mr Tunang),
beliau tengok-tengok hasil gambar dari facebook Rahman Ahmad Photographer
dan
beliau pun setuju.
So, saya terus emel Encik Rahman melalui emel dan beliau terus menghubungi saya. *Bagus2.. jimat kredit..
Deal punya deal, okay..!! Dapat RM 1,200 for whole day photoshoot..!!
Tanggal 17 September 2012,
Pukul 10.30 pagi = Akad Nikah
Pukul 2.00 petang = Bersanding
Pukul 4.30 petang = Outdoor Photoshoot
On that day...
Sumpah penat gilerrr!! Tambahan lagi saya dan Mr. Husband dilahirkan sebagai orang yang langsung tak pandai posing.
Kihkihkih..
Sumpah tak pandai..!!
Tapi.. Tapi..
Abang Man memang professional. Semua pose dia yang ajar dengan sabar sekali tanpa bantuan siapa-siapa.
Abang Man is a lone ranger..!!
Dan hasilnya...
Jeng...
Jeng...
Jeng...!!
...
Haa... nampak tak kabur-kabur macam asap tu? Nak macam ni la.. Hehe..!!
Sengih..!! Memang sengal otot pipi seharian sengih-sengih depan tetamu yang datang.
Kawan-kawan UiTM Perlis dan UiTM Shah Alam yang datang..
Thanks semua!!
Sengih-sengih sambil memandang Selat Melaka yang indah lagi nyaman.
Habis kain yang labuh menyapu reranting yang berguguran di taman. Jangan marah ye Jalinan Kasih Bridal.
Love this picture. Tapi Mr Hubby failed buat muka merajuk. Hehe..!!
*Malu
Owh... gambar di atas ni sepatutnya nampak jambatan Pulau Pinang kat belakang tapi jerebu tebal telah menutup segalanya. Kuciwa.
Bestnya kena dukung dengan Mr Hubby..!!
Hehehe... Posing paling susah sebab asal kene dukung je mesti geli perut nak tergelak.. Tak tahu apa yang membuatkan rasa nak tergelak tapi memang rasa nak tergelak... @__@
And lastly bergambar dengan Abang Man.
Sangat berpuas hati dengan photoshoot dengan beliau sebab banyak bagi tunjuk ajar kepada pengantin yang sangat tak reti nak pose.
Abang Man pun memang friendly dan senang berurusan dengan beliau. Terbaik..!!
For those yang interested nak menggunakan khidmat fotografi Abg Man untuk hari bahagia anda, boleh la hubungi beliau melalui..
No. Telefon : 016-4822664
(tapi rasanya dah lama beliau tak update)
Sekian.
Saya blogger baru di sini. Harap sudi follow dan komen. Thanks ya!
P/S : Next post saya nak cerita pasal Pelamin Anganku Menjadi Kenyataan. Tungguu..!!